Thursday, December 29, 2011

Menang iPod Shuffle.


Assalamualaikum dan salam sejahtera Jat ucapkan,

Jat nak minta maaf sebab sudah sekian lama tak menulis entri baru. Maklumlah, Jat sedikit sibuk, akan tetapi, hari ini Jat nak berkongsi sedikit pengalaman memenangi sebuah peraduan hasil anjuran ChurpChurp. Seperti yang Jat beritahu sebelum ini, peraduan yang dianjurkan amatlah mudah, anda hanya perlu berkongsi sebeberapa banyak mungkin cerita/gambar/video yang menarik bersama rakan-rakan, sekiranya cerita/gambar/video anda tersenarai dalam kategori 3 MOST COMMENTED, 3 MOST LIKES dan 3 MOST TWEETS, anda akan dijemput ke pejabat mereka untuk mengambil hadiah anda.

Alhamdulillah, Jat tersenarai dalam kategori 3 MOST COMMENTED dengan jumlah sebanyak 60+ comments dari rakan-rakan. Pada hari Rabu, iaitu semalam, Jat bersama kembar serta seorang kawan pergi ke pejabat mereka untuk mengambil hadiah, walaupun Jat hadir lambat dalam sesi 'lucky draw' tersebut, Jat telah memenangi sebuah iPod Shuffle 2GB dan walaupun Jat tak memenangi sebuah iPhone 4S 16GB, Jat sangat bersyukur. *padahal nak sangat menang iPhone*

Dalam kesempatan ini, Jat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi meng-like, comment, dan tweet penyertaan Jat. Tidak lupa juga, kepada ChurpChurp yang menganjurkan peraduan ini, diharapkan ChurpChurp dapat mengadakan lebih banyak peraduan pada masa yang akan datang!!

Anda juga boleh menang pelbagai hadiah menarik, hanya dengan mendaftar sebagai ahli, kemudian aktif berkongsi kempen dan seterusnya menyertai peraduan-peraduan yang dianjurkan pada masa yang akan datang. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?? Mari, mula mendaftar, hanya klik pada 'burung biru' di panel sebelah kanan!! :-)

Friday, December 23, 2011

Oleyy!! : ''Hudud Allah''


Assalamualaikum dan salam sejahtera Jat ucapkan,

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini Jat nak kongsikan satu filem-pendek yang sangat menarik dimana di dalam filem tersebut, anda dapat memahami HUDUD secara umum yang semakin menjadi isu panas untuk dibincangkan. Filem ini turut menampilkan BOB LOKMAN dan MAT LUTHFI. Siapa yang tak kenal mereka berdua ni kan? Dua-dua merupakan orang yang terkenal weyh! Anyway, filem ini diterbitkan oleh One Heart Creative Solution *klik untuk mengetahui lebih lanjut*. Jangan lupa tonton, kongsi, dan selamat beramal/berdakwah!


Dalam kesempatan ini juga, Jat menasihatkan anda agar tidak memain-memainkan HUKUM ALLAH ini kerana ianya hanya akan mengundang kemurkaan dari Allah. Moga-moga kita dapat membataskan percakapan/perbualan/perbuatan berlandaskan syarak dan undang-undang ISLAM. Amin!

Sekian, sampai disini sahaja entri untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca serba sedikit nukilan Jat ni! :-)

Thursday, December 22, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST

*pokes title and badge*

Hello again! Now, my entry for the ''What is the first thing you will do with the DiGi iPhone 4S?''challenge!
Yup, maybe three or four things that I will do with iPhone 4S included too in this post. :-P


Trying out SIRI
-For those who don't know what is SIRI, watch this video.



  • Who wouldn't try the most intelligent software assistant that ever built? 
  • I'm going to ask a lot of annoying and silly questions like ''Would you marry me?'', ''How do you look like?'' and etc.
Download awesome games and apps from The App Store
  • Guess what? It has over 500,000 apps to browse from, ranging from games, entertainment to news and even education!
  • I can't wait to play my favourite game as I've seen from my friend and wanted to try it out for myself, the ''Solomon's Boneyard''. *Angry Bird is one of my favourite too.*


Camera & HD Video Recording

*test video*
  • The new iPhone improved its camera with a larger f/2.4 aperture custom lens and 8-megapixel resolution. It means that everytime you capture photos, it will be an amazing one!
  • Besides that, the video that you've recorded, it is in High-Definition, HD. No more blur and unstable quality! 
Contact and Messaging
  • After I have done all of the above, only then I'm going to tell and brag to all my friends saying that ''I own an iPhone 4S''. LOL *just kidding*
  • Trying out the intelligent keyboard and perhaps ask SIRI a favor to write a text message to my parents saying that ''I love them very much!!''


Well, this is the last part where I end my post. Stay tune for more interesting stories, experiences, contests! XD




DiGi iPhone 4SURE 4 ME

*pokes title and picture*

Yes, I'm writing for one of the entries for the Nuffnang ''Win the DiGi iPhone 4Showdown!'' competition. I'm going to give you four '4' reasons on ''Why do you want the iPhone 4S?'' challenge!

I haven't owned any touchscreen gadget/handphone devices in my entire life. 

  • With iPhone 4S, it will be the first ever touchscreen device that I will ever own
  • I want it to be the last touchscreen phone since I don't want it to be compared with other touchscreen handphone brands.
To commemorate Steve Job's last and latest invention.
  • He put a lot of commitments and hardwork to make new invention that will ease everybody.
  • He innovates the informations and communications technology from time to time.
  • With the iPhone 4S, I will cherish his efforts and energy that he puts into this device forever and if possible, for the rest of my life.
In sync with technology.
  • In Japan, they have robotic-technology which can help us in many parts of our life. Why not have a lil' bit of United States of America, USA technology which is 'Apple's Products' in some part??
  • With the new OS that they have introduced, you wouldn't have to worry anymore since iPhone 4S have the world's most advanced mobile OS.
  • Besides that, there's a lot of new features such as iCloud, HD Video Recording and Siri, the most intelligent software assistant ever built.
Lastly, to end the iPhone 4S-craving year. LOL
  • It is one of my wishlist item to own for this year.
  • It will be the most hi-tech gadget that I will ever hold this year!
Wait for my next post, the ''What is the first thing you will do with the DiGi iPhone 4S?'' challenge!

Monday, December 19, 2011

Nak kahwin dah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera Jat ucapkan,

Kali ini Jat ingin berkongsi video yang semakin 'viral' dan ada kaitan dengan perkahwinan pada usia muda. Bukan Jat yang nak kahwin. ;p


Okay, video ini memang best dan terbaik!! Tidak dinafikan lagi. Sungguh tak disangka, ada juga orang nak kahwin pada usia muda. Bagi Jat, 19 tahun tu kira muda lagi. Tak tau la bagaimana dengan kalian. Hahaha.. Kalau boleh, Jat pun nak melamar orang macam ni, tak kenal dan tak berjumpa tapi pada masa yang sama nak mendirikan rumah tangga. Kiranya, bercinta selepas berkahwin la. Doa-doakan ya untuk Jat! InsyaAllah

Berbalik kepada video di atas, Jat mendoakan semoga pasangan baru, iaitu
berbahagia hingga ke akhir hayat. Benda yang baik akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah. Sekian, sampai disini sahaja entri Jat pada kali ini. Ciao!

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
sepertimana Engkau satukan hati Adam & Hawa,
Yusuf& Zulaikha dan seperti engkau satukan hati
Muhammad S.A.W & Siti Khadijah.
Semoga engkau memberkati mereka
di dunia dan di akhirat

~ Amin Ya Rabbal A'lamin ~

Saturday, December 17, 2011

Churp Churp

 

Assalamualaikum Jat ucapkan,

Memandangkan Jat sudah berkongsi maklumat mengenai SAYS.my pada minggu lepas, kali ini Jat ingin memberitahu mengenai Churp Churp. Churp Churp juga merupakan sebuah platform dimana pengguna-pengguna media sosial yang suka berkongsi. Seperti SAYS.my, Churp Churp turut menawarkan pelbagai ganjaran bagimereka yang suka berkongsi. Mekanisma juga lebih kurang sama, akan tetapi, jumlah minima dui yang boleh di'cash-out'kan adalah RM100.00. Kalau diikutkan, SAYS.my lagi senang dan mudah, tapi Churp Churp ada menawarkan RM0.40 bagi setiap kempen yang dikongsikan bersama rakan-rakan pada hari Rabu.

Dari masa ke semasa, Churp Churp turut menganjurkan pertandingan seperti entri sebelum ini yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan seperti iPhone 4S. Anda tidak akan rugi walau se-sen pun sekiranya anda menyertai komuniti ini. Anda hanya perlu mendaftar, kemudian terus berkongsi mengenai kempen-kempen yang disediakan dan seterusnya menunggu duit untuk masuk ke dalam akaun anda sebegitu mudah. Berikut adalah kempen-kempen yang Jat kongsikan:


Sekiranya anda berminat untuk menyertai komuniti ini, klik pada gambar 'burung biru' diatas. Jangan berlengah lagi! ;-)



Thursday, December 15, 2011

Inginkan iPhone 4S Percuma???


Assalamualaikum Jat ucapkan kepada anda yang sudi bertandang ke blog Jat ni, kali ni Jat ingin memberitahu kepada anda mengenai bagaimana anda boleh memenangi sebuah 'iPhone 4S' dengan PERCUMA! Anda mesti tertanya-tanya ''biar betul??'' di dalam minda sekarang. Di bawah ini, Jat akan memberitahu bagaimankah langkah-langkahnya.

PERTAMA sekali, anda perlu mencari sebanyak mungkin gambar, video, mahupun URL bagi cerita-cerita menarik. Kemudian, anda perlu berkongsi gambar/video/cerita tersebut di ChurpChurp. Setelah itu, anda akan mendapat e-mel pengesahan dari ChurpChurp, dimana mereka telah memaparkan gambar/video/cerita anda dilaman web mereka di tab 'RECENT' pada bahagian 'READ A STORY'

KEDUA, anda perlu menghebahkan gambar/video/cerita anda di laman sosial seperti Facebook, Myspace dan lain-lain. Anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin 'LIKES' atau 'COMMENTS' ataupun 'TWEETS' dari keluarga,rakan-rakan anda, dan juga orang ramai yang berkunjung ke laman web tersebut sebelum 23 DISEMBER 2011.

KETIGA, sekiranya gambar/video/cerita anda tergolong didalam kumpulan 'TOP 3 LIKES' atau '3 MOST TWEETED' ataupun '3 MOST COMMENTED ON', anda akan dijemput untuk menghadirkan diri ke pejabat ChurpChurp untuk menyertai 'giveaway' tersebut. Jadi, anda tunggu apa lagi? Cepat hantarkan gambar/video/cerita anda sekarang!!

P.S - Hanya satu daripada sembilan (1/9) daripada hadiah yang ditawarkan tersebut mengandungi 'iPhone 4S'

Hanya tertakluk kepada terma dan syarat. Sebarang pertanyaan, sila rujuk di sini. Jat juga ingin meminta jasa baik anda untuk 'like', 'comment' dan 'tweetPENYERTAAN Jat. Terima kasih Jat ucapkan! 



Monday, December 12, 2011

SAYS.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini Jat ingin berkongsi beberapa maklumat mengenai SAYS.my, iaitu sebuah komuniti pengguna media sosial khas di Malaysia yang suka berkongsi. Melalui komuniti ini, anda berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran seperti duit dan hadiah-hadiah yang menarik. Anda hanya perlu berkongsi kempen yang disediakan di laman web tersebut dan melakukan 'survey', kemudian tunggu duit untuk masuk ke dalam akaun anda. Antara kempen-kempennya adalah:


Selepas anda berkongsi, anda dapat melakukan 'cash out' untuk duit yang anda dapat. Duit yang dikumpulkan hendaklah berjumlah sekurang-kurangnya RM50.00 sebelum dikeluarkan. Anda juga boleh mendapat ganjaran hanya dengan mengajak rakan anda menyertai komuniti ini. Setiap rakan yang telah disahkan oleh kakitangan SAYS.my, anda akan mendapat sebanyak RM1.00. Lagi ramai rakan anda yang daftar, lagi banyak anda dapat ganjarannya. Jadi tunggu apa lagi? Klik gambar di atas atau di tepi belah kanan untuk menyertai komuniti ini sekarang juga!

Sebarang pertanyaan, anda boleh rujuk di sini.

Thursday, December 8, 2011

EPIConcert.


Salam sejahtera buat semua,

Hari ini Jat nak berkongsi satu maklumat mengenai konsert amal 'EPIConcert' sempena dengan nama sebuah projek 'EPIC Homes', iaitu projek yang berdedikasi dan dikhaskan untuk membina rumah kos rendah dan penempatan bagi orang Asli.

Dengan hanya RM25 bagi harga tiket, anda berpeluang untuk memenangi sebuah Samsung Galaxy SII dan dalam pada masa yang sama, anda dapat berhibur dengan artis-artis tempatan yang bertemakan 90's seperti Busco, Queenz, Narmi, Decimal, Paperplane Pursuit, Cheng, dan Darren Ashley.


Dimana? Konsert amal ini diadakan di The Stage @ Publika, Solaris Dutamas pada hari Ahad, 11 Disember 2011 dari 3.00-6.00pm. Untuk mendapatkan tiket, sila 'make an enquiry' di EPIConcert Facebook

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah Bag Kamera Canon EOS hanya dengan berkongsi kempen ini. Sebarang pertanyaan, sila rujuk:

http://ow.ly/7SxMv
http://says.my/advocatt/EPIConcert
http://blog.says.my/epic-camera-bag-giveaway/

Tuesday, December 6, 2011

The Star 40th Anniversary.

 


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Hari ini Jat nak berkongsi satu peraduan/maklumat mengenai ''The Star 40th Anniversary Celebration''. Sekiranya anda merupakan pembaca setia surat khabar The Star, anda tentu tidak ingin melepaskan peluang untuk menyertai peraduan ini. Mekanisma peraduan amatlah mudah untuk difahami dan ia menyerupai lelong. Matawang yang digunakan bukanlah berupa wang Ringgit Malaysia (RM) tetapi jumlah mata yang dikumpul.

Mata apa pula yang Jat cakapkan ni? Mata yang terdapat di muka hadapan surat khabar The Star tersebut. Mata tersebut dalam linkungan dari 100 hingga 500 dan boleh didapati tiap-tiap hari bermula 11hb November. Peraduan ini berlangsung hingga 5hb Januari 2012. Masih banyak lagi masa yang diperuntukkan bagi pembaca akhbar The Star untuk mengumpul sebanyak mungkin mata untuk membida hadiah yang berkenan di hati.

Bila? Peraduan ini terdapat empat siri, ia bermula dari 11hb November 2011 hinggalah 5hb Januari 2012. Siri-siri tersebut mempunyai nama yang terdiri daripada Diamond, Emerald, Pearl dan Ruby.

                                                          Siri Diamond (11 November - 24 November)

Siri Emerald (25 November - 8 December)

                                              Siri Pearl (9 December - 22 Disember)

Siri Ruby (23 Disember - 5 Januari)


Macam mana nak membida? Kumpul dulu mata sebanyak mungkin, kemudian pilih hadiah yang berkenan. Seterusnya, anda perlu menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mengikut format tertentu kepada 36006. Bayaran yang dikenakan setiap mesej adalah RM0.30. Pembida tertinggi akan dipanggil pada akhir setiap siri.

Apakah hadiah yang ditawarkan? Berbagai hadiah yang ditawarkan, sesuai untuk setiap peringkat umur. Dari Sony Playstation PS3, Branded Computer Tablet hinggalah ke SharpSmart 3D LED TV. Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kereta Peugeot RCZ yang bernilai RM200,000+. Jadi, apa tunggu lagi, segeralah ke kedai yang berdekatan untuk mendapatkan naskah akhbar The Star hari ini juga dan mula mengumpul mata. Sebarang pertanyaan dapat dirujuk di laman web berikut:

http://sites.thestar.com.my/bidandwin/

Sekian, selamat berjaya!

Monday, December 5, 2011

Permulaan yang baharu.

Salam sejahtera buat pembaca blog Jat,

Hari ini merupakan permulaan yang baharu bagi Jat sebab buat pertama kalinya Jat menulis blog. Mungkin blog ni Jat merasakan ada kekurangan, akan tetapi Jat akan cuba meng'improve'kan lagi di masa yang akan datang. Dalam blog ini Jat akan menceritakan sedikit tentang pengalaman yang Jat lalui.

Moga-moga dengan adanya blog ini, Jat dapat berkongsi serba sedikit pengalaman dan maklumat seharian. Harapan Jat agar pembaca-pembaca sudi mengikuti blog Jat ini dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, jangan segan dan terus tanya Jat. InsyaAllah, Jat akan jawab secepat yang mungkin.

Sekian, terima kasih!  d[^_^]b