Friday, January 13, 2012

2011 dalam Kenangan. (Part 2)

Syukur alhamdulillah,

Akhirnya sempat juga Jat menulis entri bagi 2011 dalam Kenangan. (Part 2). Seperti yang dijanjikan, Jat akan berkongsi sedikit maklumat peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2011. Dalam Part 1, pelbagai peristiwa telah dimaklumkan seperti kebangkitan sukan bolasepak Malaysia, perhimpunan Bersih 2.0 dan juga perkahwinan di-Raja Britain.


Tsunami Melanda Jepun
Pada hari Jumaat, 11 March 2011, gempa bumi yang berukuran 8.9 skala Richter, merupakan gempa bumi yang paling kuat pernah melanda Jepun telah menghasilkan Tsunami berdekatan dengan timur laut bandar Tokyo. Gempa bumi tersebut juga merupakan gempa bumi yang kelima terbesar di dunia sejak tahun 1900 dan 
hampir 8000 kali lebih kuat daripada gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand pada bulan Februari 2011. Tsunami tersebut turut melanda loji kuasa nuklear di Fukushima dan beberapa kawasan di sekitar pantai barat Amerika Syarikat dan juga Hawaii. National Police Agency (Agensi Polis Negaratelah mengesahkan 15,844
 kematian, 5,890 cedera, dan 3,451 orang hilang di seluruh lapan belas wilayahKlik disini untuk gambar-gambar yang tidak dapat dilupakan - National Geographic


Kematian Steve Jobs
Steve Jobs yang merupakan seorang perintis yang terkenal kepada revolusi komputer peribadi. Beliau juga adalah pengasas bersama kepada Apple Inc. Pada awal bulan Oktober 2011, beliau telah meninggal akibat daripada menghidapi barah pankreas sehingga menyebabkan 'respiratory arrest'. Antara ciptaan inovatif beliau adalah Apple I, Macintosh, siri iPod, iPad dan juga iPhone. Steve Jobs telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.


Kemunculan iPhone 4S dan Mac OS X Lion
Setelah lama menunggu keluaran iPhone baru, akhirnya Apple telah mengeluarkan iPhone 4S untuk pasaran pada October 4 2011 di acara ''Let's Talk iPhone'' anjuran Apple. Dalam acara tersebut, turut diperkenalkan ciri-ciri baru iPhone 4s, iaitu Siri, pembantu perisian yang pintar. Selain itu, iCloud juga merupakan ciri menarik yang terdapat didalam iPhone, iCloud merupakan servis dimana ia membolehkan pengguna untuk menyimpan data-data seperti fail muzik pada server komputer untuk dimuat turun ke peranti lain seperti peranti yang berasaskan iOS. 
Manakala, pada Oktober 20 2011, Apple telah melancarkan Mac OS X Lion dalam acara "Back to the Mac" anjuran Apple. Ia merupakan Mac OS X yang ke-lapan dan keluaran utama semasa. Antara ciri-ciri yang berubah dan baru adalah AirDrop, sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna berkongsi data ''Lion-to-Lion'' secara terus melalui Wi-Fi dan tidak memerlukan 'wireless connection point'. 


Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone 4S dan Mac OS X LionApple

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14
Pada tanggal 13 Disember 2011, upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong baru ke-14 iaitu Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Sultan Kedah) manakala Sultan Muhammad V (Sultan Kelantan) telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sultan Kedah merupakan Sultan yang pertama dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Perlantikan Yang di-Pertuan Agong bukannya melalui perwarisan, akan tetapi melalui pengundian didalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Antara ciri unik perlantikan ini adalah jawatan Yang di-Pertuan Agong digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu dan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.


Antara peranan penting Yang di-Pertuan Agong adalah :-

  • Melantik seorang Perdana Menteri
  • Menangguhkan pembubaran Parlimen
  • Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

DAULAT TUANKU!

Sekian, sampai disini sahaja hasil tulisan Jat pada kali ini. Terima kasih! ;-)

No comments:

Post a Comment