Thursday, January 5, 2012

2011 dalam Kenangan. (Part 1)

*selamat tinggal 2011*
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia Jat ucapkan,

Kali ini Jat ingin berkongsi beberapa peristiwa dan kenangan pada tahun 2011. Bukan kenangan peribadi tetapi peristiwa yang sudah pasti akan menggamit perasaan dan juga semangat anda untuk terus maju ke hadapan pada tahun yang akan datang, insyaAllah. Baiklah, apa yang Jat merepek ni? Mari sama-sama kita perlihatkan di bawah ini :-

Sukan Bolasepak Tanah Air Mengharumkan Negara

Tahun 2011 merupakan tahun yang gemilang buat pemain-pemain dan peminat sukan bolasepak tanah air. Hal ini kerana tahun tersebut merupakan tahun 'kebangkitan' bagi pasukan Malaysia, dengan memenangi pingat emas pada Sukan Sea Ke-26 di Indonesia. Pada perlawanan akhir, Malaysia menentang Indonesia, keadaan sengit seri 1 satu sama sehingga peniupan wisel pasa masa tambahan yang menandakan tamatnya permainan. Walaubagaimanapun, Malaysia dinobatkan sebagai juara pingat emas hasil daripada sepakan penalti yang memberikan keputusan 4-3. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain dan jurulatih pasukan Malaysia. Turut dimegahkan adalah pemain yang memakai jersi bernombor '21', Nazmi Faiz yang berumur 17 tahun pada ketika itu, merupakan pemain termuda serta mempunyai potensi besar dalam arena sukan bolasepak tempatan. Ketua Jurutlatih, Ong Kim Swee dan Kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar juga memainkan peranan dalam memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia. Majulah sukan untuk negara!


Perhimpunan Bersih 2.0

Pada 9 Julai tahun 2011, aspek politik turut menyaksikan pelbagai peristiwa dimana ribuan warganegara Malaysia berpakaian berwarna kuning berkumpul untuk menuntut reformasi pilihan raya. Selain itu, perhimpunan ini diadakan bagi mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam, dan mengambil pendirian menentang rasuah yang berleluasa di setiap tahap lapisan masyakat. Walaubagaimanapun, perhimpunan ini dikecam keras oleh beberapa pihak yang menghalang rakyat daripada hak kebebasan untuk bersuara. Turut hadir pada perhimpunan tersebut termasuklah Tokoh Sasterawan Negara, A.Samad Said. Beliau juga menghasilkan beberapa puisi sempena acara ini yang diberikan tajuk seperti 'Unggun Bersih' dan 'Peludah Warna'. Antara tuntutan lain, anda dapat lihat di 8 Tuntutan Bersih 2.0.


Perkahwinan Diraja Britain

Tahun 2011 turut menyaksikan perkahwinan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Britain dan juga ia mungkin merupakan 'Wedding of the Year' bagi tahun tersebut. Hal ini kerana, pengantin lelakinya tidak lain dan tidak bukan, Putera William iaitu yang kedua dalam barisan pengganti pada Ratu Elizabeth II. Pasangan Putera William adalah Catherine Middleton. Perkahwinan tersebut diadakan pada hari Jumaat, 29 April 2011. Jutaan rakyat Britain dari seluruh pelusuk dunia meraikan majlis tersebut. Antara tetamu yang dijemput untuk menghadiri majlis ini termasuklah Rowan Atkinson dan David Beckham. Turut diundang, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. 
*antara tetamu yang diundang*
Sebenarnya, banyak lagi yang ingin dikongsikan bersama, tapi apakan daya, masa tidak mengizinkan. Nampaknya sampai disini sahaja entri pada kali ni, nantikan PART 2 ya. Sekian, terima kasih! 

No comments:

Post a Comment