Friday, January 27, 2012

Anugerah FIFA Ballon d'Or 2011.


Assalamualaikum dan salam sejahtera Jat ucapkan kepada anda,

Akhirnya, sempat juga menyiapkan entri ini setelah berhari-hari 'save as draft'. Pada kali ini, Jat ingin berkongsi sedikit informasi mengenai sukan bolasepak antarabangsa. Pada beberapa hari yang lepas, Jat ada terlihat Majlis Anugerah Ballon d'Or 2011 dikaca televisyen. Ballon d'Or atau dalam bahasa inggerisnya adalah 'The Golden Ball' merupakan sebuah anugerah yang diberikan kepada pemain yang telah mempamerkan aksi-aksi hebat sepanjang tahun. Pemilihan pemenangnya berdasarkan undian oleh jurulatih, kapten pasukan antarabangsa dan juga wartawan sukan. Pada tahun ini, majlis tersebut telah diadakan di Zurich, Switzerland.


*Lionel Messi*
Bagi anugerah utama iaitu, anugerah FIFA Ballon d'Or, sudah semestinya ia dirangkul oleh pemain kelahiran Argentina, Lionel Messi dari kelab Barcelona. Walaupun hanya berusia 24 tahun, pemain yang berbakat ini telah memenangi 2 anugerah Ballon d'Or berturut-turut sebelum ini. Antara pemain-pemain lain yang dicalonkan bagi anugerah ini adalah Cristiano Ronaldo dan Xavi Hernandez dimana masing-masing dari kelab Real Madrid dan Barcelona. Pada tahun 2011, Messi telah menyumbat 59 gol dalam 70 perlawanan untuk kelab Barcelona walaupun Ronaldo menyumbat lebih banyak gol, akan tetapi, Messi telah meyumbangkan 37 'assists' berbanding Ronaldo iaitu 21. Antara kata-kata dari lagenda bolasepak antarabangsa :-
''Messi will be the player to win the most Ballon d'Or in history'' 
- Johan Cruff (Holland Legend)


*Pep Guardiola*
Manakala, bagi anugerah FIFA Coach of the Year dimenangi oleh Pep Guardiola, jurulatih bagi kelab Barcelona. Beliau dipilih sebagai pemenang anugerah tersebut setelah memainkan peranan yang penting untuk menolong kelab Barcelona memenangi UEFA Champions League menentang kelab Manchester United. Selain itu, kelab dibawah jagaan Pep Guardiola ini turut memenangi FIFA Club World Cup sebanyak dua kali dimana pada tahun lepas, kelab Barcelona menentang kelab Santos dari Brazil dan memenangi dengan keputusan 4-0 di Stadium Yokohama, Jepun.

Pemenang bagi kategori FIFA Puskás Award, iaitu anugerah bagi gol yang terbaik sepanjang tahun telah dimenangi oleh pemain kelahiran Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior dimana beliau menyudahkan gol yang tercantik bagi tahun 2011 apabila menentang Flamengo. Antara calon lain adalah Lionel Messi dari kelab Barcelona dan Wayne Rooney dari kelab Manchester United. Untuk menyaksikan gol tersebut, sila lihat video dibawah :-


Bagi lain-lain kategori dan pemenangnya adalah :-

*Homare Sawa*
*Sir Alex Ferguson*
FIFA Women's Player of the Year - Homare Sawa (Jepun)


FIFA Women's Coach of the Year - Norio Sasaki (Jepun)


FIFA Fair Play Award - Japanese Football Federation


FIFA Presidential Award - Sir Alex Ferguson (Manchester United)



Sekian, itu sahaja untuk entri pada kali ini.
Terima kasih! ;-)

1 comment: