Assalamualaikum dan salam sejahtera Jat ucapkan,
Kini sudah tiba tahun baru iaitu tahun 2012. Mungkin tahun yang dinanti-nantikan dan mungkin juga tahun yang tidak diingini bagi sesetengah orang. Alhamdulillah, Jat masih lagi mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Pada tahun ini juga, Jat akan menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa, UIA di Gombak bagi program Sarjana Muda Kejuruterann (Mekanikal-Automotif). Rasanya tak sabar lagi nak belajar, maklumlah sudah cuti panjang selama lebih kurang empat bulan selepas menamatkan pembelajaran di Pusat Asasi UIA di Petaling Jaya.
Berbalik kepada tajuk di atas, seperti kebiasaan, pada tahun baru, orang ramai akan memperbaharui azam mereka. Bagi Jat, tidak salah sekiranya nak bertekad untuk mencapai sesuatu matlamat, akan tetapi, ia haruslah dikecapi dengan berusaha bersungguh-sungguh dan bukan setakat meluahkan keazaman melalui kata-kata. Bukan apa, Jat cuma nak menasihatkan sahaja sebab ramai dikalangan orang muda yang semakin terbawa-bawa, ada yang dengan budaya barat, dan ada juga dengan budaya-budaya songsang. Sekiranya ingin mengikut budaya asing juga, kita haruslah menerapkan disiplin dalam diri. ''Buang yang keruh, ambil yang jernih'', perumpamaan inilah yang sepatutnya kita fahami dan hayati dalam membentuk jati diri.
Bagi Jat, tak salah sekiranya hendak menyambut tahun baru ini. Akan tetapi, ia haruslah bertepatan dengan peraturan dan syarak yang ditetapkan. Contohnya, sambutan tahun baru seperti 'Jom Santai Bersama' di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam beberapa hari lepas yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus, Zizan RajaLawak, Shahir AF8, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi. Sambutan seperti inilah yang harus diadakan dan disertai daripada mengikuti pesta-pesta yang merosakkan akhlak lagi serong dari syarak.
*klik untuk memperbesarkan imej* |
No comments:
Post a Comment